Akhirnya siap blog Lot99

by mael on July 7, 2012

Semalam suntuk tidak tidor dan keesokannya pun tak boleh tidor kerana aktiviti menghantar anak ke sekolah atau nyupir.  Semua gara-gara terikat untuk siapkan website untuk Lot99.

Saya memilih blog wordpress untuk Lot99, memikirkan kemudahannya berfungsi secara 2 hala bersama pelanggan, bakal pelanggan atau pelawat. Ruangan comments boleh di gunakan untuk tujuan ini.

Menerusi pengalaman terdahulu, setiap kali membina blog, saya setkan setiap komen perlu di sahkan sebelum ia boleh di siarkan. Jika tidak, ruang itu akan terisi oleh iklan dan teks rambang yang di hantar oleh bots (aplikasi auto-siar) yang banyak di internet.

Begitu juga dengan borang hubungi atau contact form. Dahulu saya tidak menggunakan aplikasi yang menapis email sebelum ia boleh di hantar dan inbox saya mula di hujani email spam yang di hantar oleh bots. Sekarang ini saya menggunakan contact form yang ada ciri captcha, sebagai usaha menapis email.

Klik sini untuk ke Blog Lot99 saya.

 

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: