Bina website guna template. Senang ke?

by mael on July 16, 2012

Semalam-malaman hingga pukul 3 pagi leka sambung kerja-kerja bina website yang tertinggal beberapa hari. Website menggunakan template sedia guna. Ia bukan lah template biasa yang hanya menggunakan HTML dan CSS tetapi juga kod-kod jscript dan bagai.

Setelah siap semuanya di ubah, tiba masanya untuk di uji melalui 4 browser yang biasa di guna. Browser Mozilla, Google Chrome dan Safari paparkan website baru saya tu tanpa masalah, tetapi tidak di Internet Explorer. Ini yang buat lemah lutut ni. Itu di laptop sendiri. Setelah upload ke hosting atau tapak website, masalah sama untuk browser Internet Explorer.

Mengapa saya selalu tekankan jika siap bina website, pastikan di cuba pada browser yang berbeza dan lihat jika ada masalah paparan? Logiknya, pelawat-pelawat ke website kita adalah dari berbagai ragam dan menggunakan berbagai aplikasi browser. Saya hanya tekankan kepada 4 jenis browser yang di rasa mempunyai ramai pengguna. Dan dalam marketing, first impression atau pengalaman pertama adalah tersangat penting untuk pastikan pelawat terus setia membaca dan menilai.

Kerana jam pun sudah pukul 3 pagi dan tersangat mengantuk, saya akur jugalah akhirnya.

Pagi-pagi setelah selesai kerja-kerja supir, saya mula mengadap laptop, dan menyambung apa yang di tinggalkan semalam.

Satu persatu fail html saya amati kodnya untuk kenal pasti apa yang sebabkan Internet Explorer gagal paparkan website seperti sepatutnya. Ada kod di syaki memanggil jscript yang menjadi penyebab masalah paparan di Internet Explorer.

Benar seperti di duga, setelah disablekan jscript yang di syaki, Internet Explorer tiada lagi masalah paparkan website seperti bowser lain. Legaaaaaa.

Itu salah satu pengalaman saya dalam membina website menggunakan template siap-sedia-guna atau ready made. Memang ia sedikit sebanyak mudahkan kerja-kerja membina website, tetapi ada ketika nya kita perlu sedikit pengetahuan teknikal untuk membaiki mana yang perlu sebelum dapat hasil yang memuaskan.

Akhirnya, pagi tadi, sekitar jam 10pagi waktu Malaysia Barat, 🙂 website yang telah teruji lulus untuk paparan dunia di uploadkan. Cewah, bombastik la pulak.

Rajin-rajin lah intai website yang telah meragut masa tidur ku ini, klik sini, http://www.alammall.com/expertmedia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: