Bolehkah hantar faks melalui talian telefon rumah?

by mael on February 11, 2013

Boleh tak saya nak apply fax service untuk talian tetap rumah? Saya dah ada telefon rumah cuma nak tambah fax service. Boleh ke?

Begitu bunyinya satu SMS yang saya terima di suatu petang beberapa hari lalu.

Jawapan saya kepadanya, boleh. Hanya perlu beli satu mesin faks yang siap dengan telefon dan sambungkan talian telefon tetap atau rumah, ke mesin faks berkenaan. Setelah itu boleh lah buat panggilan telefon, hantar faks, terima panggilan telefon dan terima faks melalui mesin faks tersebut. Tidak perlu mohon talian tetap baru.

Saya juga jelaskan bahawa beliau berkemungkinan pernah melihat maklumat di iklan atau kad perniagaan yang menyatakan nombor yang sama untuk telefon dan faks, dan di tulis seperti ini, Tel/Faks:…………

Sebenarnya suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan mesin faks yang mempunyai telefon dan menggunakan talian telefon rumah saja. Ternyata pengalaman tersebut membantu saya menjawab secara sepontan bila di ajukan soalan berkaitan penggunaan faks di talian tetap.

Bagi pembaca coretan ini yang kebetulan mahu memohon talian telefon rumah atau juga talian internet streamyx rumah kediaman, bolehlah buat permohonan secara online dengan klik di sini.

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: