Homestay @ rumah inap Segamat Johor…

by mael on September 16, 2012

Baru ni balik kampung wife di Segamat Baru, Segamat. Kebetulan cuti sekolah pada hari Isnin kerana Ahad 16-9-2012 adalah cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia. Mertua juga membuat kenduri doa selamat.

Sebelum balik kampung, telah siapkan website mengenai homestay @ rumah inap yang di usahakan oleh bapa saudara wife yang di panggil Pak Andak saja. Google map juga telah di daftarkan dan hanya menunggu approval google.

Google map memberi kita kemudahan menandakan lokasi kita setepat mungkin dengan memberi kita akses untuk menentukan sendiri dimana keberadaan sebenar lokasi kita. Peta google di beri dalam format, peta grafik, peta kontor, peta satelit dan peta bumi atau earth yang seolah-olah dalam bentuk 3-D. Menarik sebenarnya dan tidak cukup ruang kalau mahu bincang tentang nya di sini.

Kebetulan semasa kenduri, pak saudara wife pun hadir dan ambil kesempatan itu lah untuk minta dia gerakkan pointer lokasi ke kedudukan sebenar homestay @ rumah inap nya berdasarkan peta satelit google di laptop. Selesai satu tugas yang sangat penting ini.

Setelah masukkan kod-kod peta yang di perlukan untuk website baru yang di buat untuk homestay @ rumah inap Segamat ini, barulah website di upload. Link juga di buat di web utama alammall.com, ke URL baru, homestay segamat tok ayah, iaitu nama yang di beri lah.

Di website Homestay Segamat Tok Ayah ini juga saya tambah satu lagi kemudahan iaitu kemudahan bakal pelanggan homestay @ rumah inap ini melihat sendiri laluan yang perlu mereka lalui dari tempat mereka berada ke Homestay Segamat Tok Ayah @ rumah inap Segamat ini. Mereka hanya perlu masukkan lokasi di mana mereka berada dan klik carian laluan.

Untuk lihat sendiri kemudahan ini atau bercadang menginap sementara di Segamat, silakan klik sini.

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: