Iklan Percuma di Alam Mall dot Com

by mael on October 19, 2012

Sekarang pengunjung web alammall.com boleh beriklan secara percuma di web Iklan Percuma.

Pengiklan hanya perlu daftar secara percuma. Untuk mendaftar, hanya perlu pilih Username dan masukkan alamat email yang betul. Email akan di hantar ke alamat email yang di beri. Pengiklan perlu guna username yang di pilih semasa mendaftar dan password yang di hantar ke email, untuk login.

Semasa post an ads atau mahu beriklan, pengiklan di minta masukkan alamat yang tepat, lokasi mereka, jika mahu peta lokasi atau google map paparkan kedudukan lokasi operasi mereka sehampir yang mungkin.Jika di biarkan kosong atau salah kombinasi alamat iaitu yang tidak di fahami google map, ia akan paparkan default map.

Web Iklan Percuma ini adalah SEO optimised. Ini bermakna setiap iklan di anggap sebagai satu laman web atau web page dan akan di crawl dan di index oleh enjin carian google. Berapa lama masa di ambil dari masa beriklan hingga di index oleh google tidak dapat di pastikanlah. Ia bergantung kepada google untuk crawl website yang di lihat telah di kemaskini atau ada update.

Ketika tulisan ini, web Iklan Percuma masih baru dan ia bergantung kepada sejauh mana popular atau tingginya ranking alammall.com.

Klik sini untuk ke web Iklan Percuma.

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: