Koordinat lokasi dari google map.

by mael on July 1, 2012

Saya tidak memiliki gadjet atau alat GPS tetapi tetiba teringatkan seorang pelanggan yang pernah datang kerumah mengenai bisnes prepaid saya di Bandar Puncak Alam. Ketika itu memang telah daftarkan lokasi di google map tetapi tidak terfikir pula mahu ambil tahu mengenai koordinat lokasi yang di perlukan oleh alat GPS. Saya hanya mintanya rujuk melalui google map untuk ke rumah saya.

Rakan yang mahu datang itu beritahu akan guna alat GPSnya  untuk ke rumah saya. Dari Palong, Gemas, Negeri Sembilan tu. Jika ketika itu saya telah tahu koordinat lokasi, mungkin lebih mudah.

Setelah buat sedikit rujukan, saya telah dapatkan koordinat lokasi untuk Kelas Website di Meru. Hanya perlu masukkan koordinat lokasi di google maps. Di bawah ini adalah contoh nya:

Koordinat lokasi Expert Media Biz:

Dalam bentuk decimal:      3.147552,101.438103
Dalam bentuk DMS (degree minute second):    3 8′ 51.18″   101 26′ 17.17″

Klik link ini untuk buka google map:   http://maps.google.com.my/

Masukkan salah satu koordinat di atas ke kotak carian dan tekan Enter atau klik kanta search.

Lokasi yang di tunjuk adalah menghampiri kedudukan sebenar, hanya tiada info atau maklumat perniagaan seperti yang di daftarkan. Anda boleh bandingkan perbezaan ini dengan masukkan teks carian ini, Expert Media Biz di web google map ini, http://maps.google.com.my/  atau klik sini untuk terus ke carian.

Kod koordinat ini sesuai untuk di guna pada gadjet atau alat GPS.

 

Klik sini untuk contoh lokasi yang telah di daftarkan di google map.

 

 

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: