Ngajar website statik atau dinamik bang?

by mael on July 8, 2012

Di website gotunetalk.com saya, di sudut bawah sebelah kanan ada widget yang di panggil Zopim Chat. Ia untuk sembang-sembang dengan pelawat jika kebetulan mereka membuka website saya itu dan mahu bersembang. Jika saya tidak online, kebiasaannya mereka mengajukan pertanyaan menerusi Zopim Chat itu juga lah. Mungkin kerana ianya mudah di lihat dan di guna.

Seorang pelawat telah membuka website ebiz saya, iaitu website berkaitan kelas website. Beliau telah menulis email menerusi Zopim Chat itu dan bertanyakan mengenai kelas website saya. Beliau bertanyakan samada saya mengajar website statik atau website dinamik. Saya telah membalas email beliau dengan memberitahu, saya mengajar kedua-duanya, iaitu website statik dan dinamik.

Jika anda tertanya-tanya apa sebenarnya pengkelasan website statik dan dinamik, bolehlah rujuk website atau blog saya yang satu lagi, iaitu blog Lot99. Lot Bisnes. Klik sini untuk ke Lot Bisnes.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: