Saya terlepas pandang…

by mael on June 30, 2012

Suatu hari saya telah menemui rakan IM, dan tunjukkan kepada beliau surat yang di hantar oleh google.com ke rumah saya yang beralamat di Bandar Puncak Alam, Selangor. Saya beritahu mungkin google dapat alamat saya dari pendaftaran google map yang saya buat dan gunakan alamat sendiri sebagai lokasi bisnes prepaid saya. Perkataan pertama beliau ungkapkan ialah.. saya terlepas pandang hal ini.. dan lantas meminta saya tunjuk ajar cara mendaftarkan pula lokasi premis perniagaan beliau.

Itu adalah pencetus idea untuk saya mempromosikan website statik pemula berserta peta lokasi google map, untuk perniagaan atau syarikat, kecil, sederhana atau besar. Biasa saya temui di forum-forum bila ada yang bertanya bagaimana mahu ke restoran itu atau ini dan alangkah mudahnya jika pemilik premis perniagaan itu memiliki website yang tersedia peta lokasi google map. Malah lebih mudah jika telah di daftarkan, bilamana bakal pelanggan hanya perlu menaip nama perniagaan atau syarikat. Lagipun nama perniagaan atau syarikat bukankah mesti unik semasa di daftarkan dengan SSM dan sebagainya?

Ok lah. Boleh lihat contoh nama yang telah di daftarkan di google map di sini. Klik sini untuk lihat contoh.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: