Teringat kembali dulu semasa mula menduduki rumah baru di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. Poskod nya pun ketika itu menggunakan poskod Kuala Selangor, iaitu 40150. Kini Bandar Puncak Alam memiliki poskod tersendiri, iaitu 42300. Walaupun begitu, kedapatan juga sistem pangkalan data pihak berkuasa yang masih belum kemaskini pangkalan data masing-masing dan masih menggunakan poskod lama.
Ketika mahu masukkan telefon dan streamyx di rumah, terpaksa lah ke Kedai Telekom yang berhampiran, iaitu di Bukit Raja, Klang. Ambil masa juga lah untuk memandu ke sana dan ikut prosedur permohonan selain menunggu giliran.
Masa berlalu pantas. Kini saya pula yang menjadi ala-ala kedai telekom. Bezanya saya hanya menerima permohonan telefon, streamyx, unifi atau pakej lain, hanya secara online. Pelanggan hanya perlu ambil gambar atau fotostat IC atau kad pengenalan dan upload atau email kepada saya, untuk saya masukkan pula ke sistem permohonan online.
Jika yang di kawasan berdekatan dengan Bandar Puncak Alam, boleh lah saya ke rumah mereka untuk di ambil gambar IC atau kad pengenalan. Tiada caj di kenakan untuk servis ini. Saya beri servis percuma. Sebenarnya saya di bayar komisyen oleh syarikat untuk setiap permohonan dan berjaya di pasang.
Jika mahu masuk telefon, streamyx atau unifi untuk kediaman, di mana sahaja di Malaysia ini, boleh hubungi saya atau klik link di bawah ini.
{ 6 comments… read them below or add one }
saya nak tanya, boleh beri pakerj utk streamyx atau unifi? saya student tinggal di fasa 3 puncak alam. kalau boleh nak pasang wifi asap. tq 🙂
Buat masa ni, pakej unifi, belum lagi ada di bandar puncak alam. Pakej streamyx, yang akan di bekalkan sekali wireless modem, adalah seperti di web http://www.alammall.com/kedai-broadband iaitu, pakej 1MB, 2MB dan 4MB
Sebagai agen broadband, saya tidak punyai akses direct ke sistem TM untuk pastikan pakej yang mana boleh di beri, melainkan tuan/puan membuat permohonan melalui borang ini http://www.alammall.com/31-borang-permohonan-streamyx dan mohonkan pakej yang di minta. TM akan siasat dan jika pakej yang di minta boleh di beri, proses pemasangan akan di teruskan. Jika pakej yang di minta tidak terdapat di kawasan yang di minta, pihak TM akan maklumkan.
Salam, saya nak tanya, Fasa 3 puncak alam 2 blok Jentayu bleh pasang streamyx yg Rm110 sebulan tak? Saya ada mohon tapi senyap jer dah dekat sebulan lebih. Saya perhati tiang telefon takder pun takut tak boleh dipasang sbb takder line telefon.
Buat permohonan di mana ye? Mungkin tuan boleh hubungi talian TM, 100, untuk dapatkan status permohonan. Saya hanya sebagai agen dan perlu rujuk kepada mereka juga untuk maklumat berkaitan.
bila kawasan puncak alam nak ada unifi?
Menurut pihak TM, ada perancangan untuk rangkaian Unifi di Bandar Puncak Alam pada tahun ini, tetapi tidak dapat di pastikan lah.