Anda boleh menggunakan mana-mana website yang memberi servis percuma untuk memeriksa siapa pemilik sesuatu website. Bergantung dengan pemilik, sesetengahnya melindungi maklumat mereka dengan alasan tersendiri. Kebanyakkannya adalah atas alasan mengelak alamat email mereka dari menjadi sasaran spammer.
Ketika ini saya memiliki 3 nama domain dan di daftarkan atas nama dan alamat saya sendiri. Bagi saya ia tidak jadi masalah kerana jika email spam masuk sekalipun, ia akan ke folder spam.
Saya melihat dengan keterbukaan kita tanpa perlu melindungi maklumat diri, akan memberi kesan yang berupa kepercayaan pengunjung-pengunjung website untuk berurusan dengan kita.
Salah satu website whois yang boleh kita gunakan ialah:
http://www.whois.com
Di bawah ini adalah 3 url atau alamat website saya yang di jadikan contoh untuk whois lookup.
Contoh1:
Buka http://www.whois.com/whois
Jika alamat website adalah www.alammall.com
Taip dalam kotak di beri seperti ini: alammall.com
Dan klik SEARCH
atau anda boleh taip seperti ini di browser,
http://www.whois.com/whois/alammall.com
Contoh2:
Buka http://www.whois.com/whois
Jika alamat website adalah www.jomprepaid.com
Taip dalam kotak di beri seperti ini: jomprepaid.com
Dan klik SEARCH
atau anda boleh taip seperti ini di browser,
http://www.whois.com/whois/jomprepaid.com
Contoh3:
Buka http://www.whois.com/whois
Jika alamat website adalah www.lotniaga.com
Taip dalam kotak di beri seperti ini: lotniaga.com
Dan klik SEARCH
atau anda boleh taip seperti ini di browser,
http://www.whois.com/whois/lotniaga.com
Jika anda melihat Status:LOCKED, ini bermakna, hosting website berkenaan tidak memberi akses info yang di minta. Ini adalah sebagai cara syarikat hosting berkenaan melindungi maklumat yang di rasa kritikal.
Semoga ia berguna kepada anda dalam mencari maklumat.
Selamat belajar.