Alam Mall

 

Pakej Website Perniagaan

WebsiteWebsite pengenalan kepada bisnes anda, tidak kira kecil, sederhana atau besar. Website berciri responsif mesra gajet. Kami daftarkan hosting, nama domain dan google map untuk anda.
Klik sini untuk maklumat lanjut.

 

Lot99. Lot Bisnes.

Lot Bisnes

Hanya perlu 1 laman web dan 1 google map untuk dunia kenali perniagaan anda. Dapatkan website dengan google map, sekarang di Lot99.
Klik sini untuk ke Lot99.

 

Kedai Broadband

Anda kini boleh buat permohonan talian Telefon, Streamyx dan Unifi, rumah kediaman atau premis perniagaan di sini, tanpa perlu pergi ke TM Point.

Klik sini untuk ke Kedai Broadband

 

Iklan Percuma

Iklan Percuma Ruang iklan untuk anda beriklan. Daftar sebagai ahli PERCUMA dan mula beriklan. Anda boleh urus dan kemaskini senarai iklan melalui dashboard anda sendiri.
Klik untuk info Iklan Percuma

Install 4 jenis browser...

Ketika membuat website, perlu ada dalam minda kita bahawa audien atau penonton website kita menonton atau melihat melalui pelbagai jenis browser.

Setiap browser memaparkan website anda dengan cara tersendiri. Ia mungkin kelihatan cantik, kemas, tersusun rapi seperti yang di kehendaki di satu browser, tetapi menjadi lintang-pukang di browser lain.

Saya sarankan anda download dan install 4 jenis browser utama ini. Setelah siapkan website di komputer anda, pastikan anda view atau buka website baru anda itu di setiap browser tersebut. Dari situ anda boleh kenalpasti mana-mana kekurangan atau kecacatan yang perlu di perbaiki.

Salah satu pengalaman saya ialah browser Safari. Saya mengetahui mengenai browser Safari pun kerana ternampak dalam log hit statistik website saya, www.gotunetalk.com, ada pelawat menggunakan browser Safari. Setelah download dan install, agak memeranjatkan bila di browser Safari itu nampak imej kecil unable to display di setiap laman, sedangkan browser IE, Mozilla dan Google Chrome, tidak kelihatan. Apa yang saya lakukan ialah edit semula file yang berkaitan di komputer dan upload semula.

4 browser utama yang saya sarankan anda download dan install ialah:
(ia untuk platform windows)

1 Internet Explorer :  Link download
2 Mozilla FireFox :  Link download
3 Google Chrome :  Link download
4 Safari for windows :  Link download

Jika link di atas telah berubah dan memberi ralat atau error, harap dapat kerjasama tuan-puan maklumkannya kepada saya melalui email.

Link Ekspres

Relaks Sebentar