Welcome, visitor! [ Register | Loginrss  | tw

Ruang maklumat untuk peta lokasi.

| sembang | December 9, 2012

Sila pastikan anda tidak isi ruang maklumat lokasi seperti di bawah dengan maklumat harga atau sebagainya.  Jika tidak, peta lokasi akan paparkan peta “default” dan bukan peta lokasi daerah dan negeri anda.

Ruang alamat seperti di bawah ini mempengaruhi output atau hasil peta google anda:

Street:
City:
State:
Country:

Contoh alamat yang menghasilkan peta google di bawah:

Street: Lorong Lautan Samudera 9/6, Seksyen 9,
City: Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor
State: selangor
Country: Malaysia

Contoh peta google di web Iklan Percuma:

Contoh google map lokasi

Anda boleh buka window baru untuk peta google dengan klik    di bahagian Map.

 

1256 total views, 1 today

Cara jadikan link website anda boleh klik. (Clickable)

| sembang | November 1, 2012

Setelah melihat beberapa orang yang beriklan meletakkan link website dan pelawat perlu copy/paste link website untuk membukanya, saya berikan cara jadikannya boleh klik di laman Cara Hantar Iklan.

Semoga ia memudahkan pelawat mencapai maklumat yang di kehendaki.

 

Cara jadikan link website anda boleh klik. (Clickable)

Anda boleh tulis iklan anda di ruang Description seperti di rajah di bawah ini:

langkah 0

Untuk jadikan link anda boleh di klik dan buka website yang di kehendaki, sila ikut cara yang di tunjukkan di bawah:

langkah 1

langkah 2

langkah 3

langkah 4

 

Langkah untuk masukkan hyperlink atau link boleh klik di bawah memerlukan anda klik simbol HTML untuk masuk ke mode HTML.

Andaikan link website anda seperti ini:  http://www.alammall.com

Sila taipkan seperti di bawah ini dengan gantikan link website anda sendiri (berwarna merah).

<a href=”http://www.alammall.com” target=”_blank”>http://www.alammall.com</a>

atau

<a href=”http://www.alammall.com” target=”_blank”>Klik sini untuk maklumat lanjut.</a>

 

 

 

 

 

1104 total views, 1 today

Doa Dhuha

| sembang | October 28, 2012

Doa dhuha oleh kumpulan UNIC ini moga bermanfaat sebagai cara untuk mudah menghafal.

Solat sunat dhuha memang sangat di di galakkan kita beramal dengan nya. Selain sebagai tanda kecintaan kita pada Allah dan mendapat cinta Nya, banyak fadillat boleh di perolehi dari solat sunat dhuha ini jika ikhlas dan istiqomah.

Video doa dhuha:

Doa Dhuha:

Terjemahan doa dhuha:

Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu
Kecantikannya kecantikan Mu
Keindahannya keindahan Mu
Kekuatannya kekuatan Mu
Kekuasaannya kekuasaan Mu
Perlindungannya perlindungan Mu

Ya Allah jika rezki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
kecantikan Mu
keindahan Mu
kekuatan Mu
kekuasaan Mu

Limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan
kepada
hamba-hambaMu yang soleh

————————————————

Moga di limpahkan rezki yang banyak, halal, di berkati dan di mudahkan Allah.

1018 total views, 0 today

44 alamat website iklan percuma untuk anda.

| sembang | October 26, 2012

Saya telah tambah satu lagi page yang di khaskan untuk senaraikan alamat website yang memberi servis iklan percuma. Ada yang perlukan anda mendaftar dan ada yang tanpa perlu mendaftar.

Saya temui 44 alamat website iklan percuma ini dari google search dan anda mungkin boleh dapat lebih dari itu jika meng-google sendiri.

Semoga perkongsian sedikit ini membantu anda dalam usaha promosi servis atau produk anda.

Semoga berjaya dan salam kejayaan dari saya.

Klik sini untuk buka Senarai Web Iklan.

1064 total views, 0 today

Dalam google SERP akhirnya…

| sembang | October 23, 2012

Pada 17-Okt-2012 yang lalu saya ada postkan mengenai iklan baru yang di masukkan di web Iklan Percuma ini. Pengiklan bertanyakan mengenai iklannya yang tidak kelihatan dalam carian google.

Iklannya bertajuk PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN SECARA SAMPINGAN dan di iklankan pada 17-Okt-2012. Saya telah beri jawapan pada post sebelum ini dan mengatakan postnya akan di senaraikan atau di index oleh google juga, cuma tidak dapat pastikan bila.

Semalam, iaitu 22-Okt-2012, saya buat carian di google tajuk iklannya, iaitu PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN SECARA SAMPINGAN. Iklan beliau telah pun di senaraikan oleh google.

Untuk pastikan samada ia di senaraikan, hanya taip dan tekan Enter, di google.com.my, teks carian ini, PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN SECARA SAMPINGAN alammall.com

Ia akan di paparkan di muka surat pertama carian dan jika di klik link nya, ia akan buka laman web Iklan Percuma dengan iklan bertajuk PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN SECARA SAMPINGAN Ini hanya untuk menunjukkan iklan itu telah di indexkan oleh google dan tidak semestinya di halaman pertama carian.

Seperti yang di katakan, setiap iklan anda di laman web Iklan Percuma ini, insyaAllah akan di senaraikan atau di index di google SERP. (Search Engine Result Page)

Terima kasih kerana membaca dan selamat beriklan.

1123 total views, 2 today

Iklan anda belum tersenarai di google?

| sembang | October 17, 2012

Saya menerima email dari salah seorang rakan yang baru meletak iklan di web Iklan Percuma ini. Beliau bertanya mengapa iklan beliau apabila search di google iklan nya itu tidak ditemui.

Saya dapati iklannya itu masih baru dan mungkin belum di crawl oleh google.

Jika taip di google, <Tajuk iklannya di Iklan Percuma> alammall.com, tidak nampak pun ia di senarai google.

Saya ambil 2 contoh dari 2 tajuk iklan di web iklan percuma saya,

1. JUBAH KANAK-KANAK / WANITA
2. Aprikot – Makanan Untuk Pesakit KANSER

Jika taip di google JUBAH KANAK-KANAK / WANITA alammall.com, ia akan paparkan di carian pertama google.

Jika taip di google Aprikot – Makanan Untuk Pesakit KANSER alammall.com, ia juga akan di paparkan di carian pertama google

Itu tandanya ia telah di crawl dan di index oleh google.

Iklan nya tidak kelihatan lagi di carian google kerana masih belum di crawl dan belum di index oleh google. Bila google akan crawl web iklan percuma saya, dan kemudian crawl serta senarai indekskan iklannya itu, ia di luar kawalan. InsyaAllah, seperti iklan yang lain yang di tunjukkan di atas, iklan nya akan di senaraikan google juga.

1180 total views, 0 today

Iklan percuma dan featured listing yang berbayar.

| sembang | October 10, 2012

Di web iklan percuma, ada  3 kategori iklan.

1. Iklan percuma
2. Iklan di Featured Listings – berbayar
3. Iklan di Sponsored Ads – berbayar

Semasa mengisi borang untuk iklan percuma, sebelum Submit atau hantar, anda akan di beri satu checkbox pilihan samada mahukan iklan percuma anda, di senaraikan juga sebagai featured listings.

Sila abaikan pilihan featured listing jika hanya mahu iklan percuma.

 

793 total views, 0 today

Ruang Iklan Percuma untuk semua.

| sembang | October 7, 2012

Alhamdulillah. Semalam ketika membuat post iklan ke laman-laman web iklan percuma yang banyak terdapat di internet, tergerak pula hati ini untuk ujudkan satu ruang sepertinya di website saya sendiri ini.

Semoga web iklan percuma ini dapat membantu mempromosikan peluang perniagaan, produk dan servis yang di tawarkan oleh rakan-rakan yang berdaftar di sini.

Moga ikhtiar kita dalam perkara paling asas dalam perniagaan, iaitu marketing atau pemasaran, mendatangkan pulangan seperti yang di harapkan.

Amin.

 

 

 

1516 total views, 0 today