Welcome, visitor! [ Register | Loginrss  | tw

Cara Hantar Iklan

Pendahuluan

Iklan Percuma Alam Mall dot Com merupakan laman iklan PERCUMA untuk anda menghantar iklan online anda di internet. Menghantar iklan di Iklan Percuma Alam Mall dot Com membolehkan iklan anda dilihat di web carian google dan sebagainya walaupun anda tidak memiliki website.

Daftar Percuma untuk beriklan.

Untuk beriklan di laman Iklan Percuma ini, anda perlu daftar terlebih dahulu dengan klik butang berwarna oren yang bertulis Daftar Sekarang! di laman Utama. Hanya masukkan nama pengguna atau Username dan alamat email yang betul. Setelah klik butang Create Account, sila buka email anda, kerana Username dan Password di hantar ke alamat email yang anda guna untuk mendaftar. Guna Username dan Password tersebut untuk login dengan klik Login, di sebelah kanan dan atas sekali laman.

Ada 3 kategori iklan di web Iklan Percuma Alam Mall dot Com ini,

  1. Iklan percuma
  2. Iklan di Featured Listings – berbayar
  3. Iklan di Sponsored Ads – berbayar

Semasa mengisi borang untuk iklan percuma, sebelum Submit atau hantar, anda akan di beri satu checkbox pilihan samada mahukan iklan percuma anda, di senaraikan juga sebagai featured listings.

***Sila abaikan pilihan featured listing jika hanya mahu iklan percuma.

Cara Menghantar Iklan

Untuk menghantar iklan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada butang “Masukkan Iklan” yang terdapat di menu atas.
  2. Pilih kategori iklan yang hendak dihantar
  3. Pilih sub-kategori iklan yang sesuai dengan iklan dan klik Go >>
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang penghantaran iklan. Pastikan anda mengisi maklumat tepat alamat anda untuk paparan peta lokasi google map yang tepat dan upload gambar yang berkaitan iklan anda.
  5. Sila abaikan pilihan featured listing jika hanya mahu iklan percuma dan klik Continue >>
  6. Jika mahu buat pembetulan, anda boleh klik Go Back. Jika berpuashati dengan iklan anda dan mahu di paparkan, sila klik Proceed  >>
  7. Tahniah! Anda akan dapat maklum-balas memberitahu iklan anda berjaya di paparkan dan sila klik link di beri untuk view. -Thank you! Your ad listing has been submitted and is now live. Visit your dashboard to make any changes to your ad listing or profile. View your new ad listing.-

 

Cara edit iklan untuk pembetulan atau tambahan.

Setelah post iklan dan jika mahu edit untuk buat pembetulan, tambahan, tukar gambar atau upload gambar baru, anda boleh lakukan dengan cara berikut:

  1. Setelah login,klik My Dashboard. Anda akan di beri senarai iklan anda.
  2. Di bahagian Options, klik gambar pensil.
  3. Anda boleh lah buat kemaskini di Edit Your Ad
  4. Setelah selesai, klik Update Ad >>

 

Cara jadikan link website anda boleh klik. (Clickable)

Anda boleh tulis iklan anda di ruang Description seperti di rajah di bawah ini:

langkah 0

Untuk jadikan link anda boleh di klik dan buka website yang di kehendaki, sila ikut cara yang di tunjukkan di bawah:

langkah 1

langkah 2

langkah 3

langkah 4

 

Langkah untuk masukkan hyperlink atau link boleh klik di bawah memerlukan anda klik simbol HTML untuk masuk ke mode HTML.

Andaikan link website anda seperti ini:  http://www.alammall.com

Sila taipkan seperti di bawah ini dengan gantikan link website anda sendiri (berwarna merah).

<a href=”http://www.alammall.com” target=”_blank”>http://www.alammall.com</a>

atau

<a href=”http://www.alammall.com” target=”_blank”>Klik sini untuk maklumat lanjut.</a>

 

Pembayaran Melalui Bank

(Untuk iklan Featured Listing sahaja)
Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang secara online atau dengan menggunakan mesin ATM bank-bank tempatan.

Sila masukkan bayaran ke dalam salah satu bank berikut: RM30.00 jika anda mahu iklan anda di “Featured Listing” selama 90 hari

Bank No. Akaun Nama
Maybank 162106814134 ISMAIL BIN IBRAHIM
CIMB 14081206867529 ISMAIL BIN IBRAHIM
BSN 1010029000558906 ISMAIL BIN IBRAHIM

Selepas membuat bayaran sila kirimkan maklumat berikut kepada saya melalui borang hubungi yang terdapat di web Iklan Percuma ini.

  1. Nama
  2. Nombor Telefon
  3. Jumlah Bayaran
  4. Tarikh Bayaran
  5. Masa Bayaran
  6. ID Iklan Anda (sila semak email yang diterima sebaik sahaja anda menghantar iklan untuk melihat ID iklan)

 

Pengaktifan Iklan.

Iklan Percuma akan aktif secara automatik. Hanya iklan berbayar atau Featured Listings sahaja perlu di aktifkan terlebih dahulu. Admin akan mengaktifkan iklan anda selepas menerima pengesahan butir-butir pembayaran daripada anda sekiranya pembayaran dibuat melalui bank.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah seperti iklan tidak aktif dan sebagainya, sila hubungi admin melalui borang hubungi di web Iklan Percuma ini atau hantarkan SMS ke nombor 010-5383035.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Ismail Ibrahim

*** Klik sini untuk Terma dan Syarat sebelum beriklan. Terima kasih.