formats

Homestay Segamat, Johor

Website Homestay Segamat Tok Ayah, Segamat, Johor, telah up dengan tambahan kemudahan mencari laluan dari mana-mana saja lokasi ke destinasi, Homestay Segamat Tok Ayah.

Kebetulan cuti Hari Malaysia, 16-Sept-2012, balik kampung wife di Segamat, Johor. Kesempatan ini membolehkan berjumpa bapa saudara wife, pemilik Homestay Segamat Tok Ayah. Saya meminta beliau mengalihkan pointer atau petunjuk di peta google yang telah saya siapkan sebelum balik kampung, supaya bertepatan dengan kedudukan sebenar rumah inap atau homestay itu.

Setelah kedudukan lokasi sebenar rumah inap di kenalpasti, barulah saya masukkkan link website yang telah di lengkapi peta lokasi menggunakan google map itu.

Saya juga memasukkan link membolehkan bakal pelanggan melihat terlebih dahulu laluan yang perlu di ambil untuk ke homestay. Ia membolehkan bakal pelanggan membuat perancangan awal perjalanan dan pengiraan bajet.

Jika perlukan rumah inap atau rumah penginapan sementara kerana urusan anak yang belajar di UiTM Segamat, atau urusan perkahwinan, perniagaan, kursus atau aktiviti lain yang memerlukan tempat persinggahan sementara, boleh lah menginap di sini.

Klik sini untuk ke rumah inap atau homestay segamat ini.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home Berita Servis Homestay Segamat, Johor