formats

Promosi termurah tamat.

Harga atau caj masa promosi iaitu RM150 untuk pakej website berserta servis pendaftaran google map telah kembali kepada asal iaitu RM300.

Sebenarnya caj servis buat laman web untuk satu muka surat ialah RM150. Caj servis daftarkan maklumat perniagaan atau syarikat pula ialah RM150 juga. Saja beri promosi RM150. Setelah menerima pandangan rakan bahawa harga promosi tu terlalu murah berbanding kerja dan kemahiran yang sepatutnya di nilai, memang tak berbaloi.

Teringat saya cerita En Mazelan Abas mengenai sahabatnya yang membuka kelas mengajar bina website yang meletakkan yuran terlalu rendah. Rakannya akhirnya mengadu kepada En Mazelan bahawa beliau terasa tidak berbaloi dan penat, sedangkan hasilnya tak seberapa. Pengajarannya ialah dalam mengejar market atau pasaran, jika semua mahu di beri percuma atau dengan harga yang terlalu murah dari kebiasaan, diri sendiri yang akhirnya terasa susah, penat dan kesal.

Benar juga nasihat rakan itu. Jika kita rasa apa yang kita tawarkan itu adalah terbaik yang kita mampu lakukan dan itu pula nilai harga yang dirasa berpatutan, teruskan dan usah pandang belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home Berita Servis Promosi termurah tamat.